Total Pageviews

Sunday, January 16, 2011

“Kebenaran Sebuah Kegagalan”

• Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.

• Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
...gotta keep movin' on...

• Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.

• Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.

• Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.

• Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik. 

• Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.

• Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.

• Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.

• Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.


~ renung2kan.... dan slmt beramal.... ; )

Tuesday, January 11, 2011

Panduan Memilih Jodoh

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup  maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang  mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama,  berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah,  berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius.  Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus  terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka  anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi  belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh,  perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber  maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan  kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat,  selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak  ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.


Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph  yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C.  Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari  hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang  mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk  Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak  Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir  dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah  mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa  yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika  berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan,  biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan,  biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang  mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa  paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah  paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit  "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di  dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula  dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama  Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya  pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih  penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya  dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk  menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk  dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak  pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras  tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan  rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak  mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta  rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi  dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai  keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga  isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan  alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya  selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan  agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau  bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama,  dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek  dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam  kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak  berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi  rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin  kerana beragama.

~ Sumber: iluvislam.com

Monday, January 10, 2011

ahaaah.. surprise.. surprise..

..wuuuhuuuuuu!! ana raffali juara AJL25.. ehmm.. ramai aku tgk yg xpuas hati ngn result tuh.. pesal ekk?? hurmmm.. maybe ada 2-3 lg lagu yg lebih best td tu.. aku mati2an teka API menang.. tp shilap suda.. huk3..


 ....dier sweet kannn??

pepn, tekaan faizal tahir dpt persembahan terbaik, betul.. kih3.. n then hafiz no. 3 pun betul.. tp xsgka plak hafiz dpt vokal terbaik.. aku bajet black td.. tp pepn aku loiiike jgk hafiz yg dpt kategori tu.. sbb mmg sanad besh dia nyanyi td. lontaran suara yg mantap.. mcm record gitew!! haha.. okla jgk MUH+black dpt no 2 ekk.. better than nothing.. tp API besh dowh.. huk3.. tp xdpt pape pung.. ehmmm.. its ok la tu kan... smpai final pung dh ok sgt.. kan..? kan..? hik3.. (nk sdp an ati jew neh..)

..talented gegurl... * wink *

fuiiyo.. kt fb majoriti fren2 aku pangkah AJL td.. adoiyaiii... juri dh pilih ana raffali kan.. nk wat cmne.. aku redha menerimanya.. muahahahahaha!!!! 

Saturday, January 8, 2011

..uikkss.. jgn gado2 larhh.. kah3..



Tersebutlah kisah dalam pasaraya, Mee amatlah cemburukan Maggi sehingga memusuhi si Maggi ini. 
Oleh kerana rak Mee berhadapan dengan rak Maggi, apa lagik bertambahlah cemburunya beliau 
apabila ramai orang yang membeli Maggi. Sehinggalah pada satu hari, 
rak di hadapan Mee menjadi kosong. Legalah hati Mee kerana tak payah lagi nak 
melihat muka si Maggi hari². Pada satu pagi yang indah, apabila mee membuka mata,
 tiba² dia terpandang rak di depannya yang penuh dengan Bihun. 
Dia menjerit, "Woi Maggi, mentang²lah buat teknik rebonding, 
kau jangan ingat aku tak kenal kau!" Bihun kebingungan... 
ngahahahahahaha!!! heuheuheu... 
ngok ngek jew Mee.... = ))

~ sumber: Sederhana Itu Indah

Thursday, January 6, 2011

..she's soooooo gorgeous!! that's Hana Tajima..






~ Hana Tajima.. close to purrrrfect!! mmg layak dijadikan idola.. hehe.. cantik, talented fashion designer, tutup aurat.. mmg cun lah..  \(^^,)/ wheeeewww!!

Khusus Kpd Insan Bernama Lelaki... Si Suami..

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.  Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. 

Satu malam ~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah" 

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur 
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. 

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. 

Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. 

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit. 

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, 

Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" 

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...." 

Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! 

~~~~~ 

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" 

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? 

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....." 

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya......... 

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. 
so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..
 
Smile :)
 
sumber: AYZ

~ hahaha.... amek ko!!! kui3... ~

Wednesday, January 5, 2011

~ Mutiara kata ~

"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."

Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..

اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب

Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..


- sebahagian petikan dr. iluvislam.com.

....ingatan utk kite semua n terutamanya diri aku sendiri.. huhuk... InsyaAllah..

Tuesday, January 4, 2011

menci!!! plastikkkkkk...

..standard owg2 zmn skg..PLASTIK!!! aku mmg xske btol lah..plastik adk bradik munafik la kannn.. hermmm.. tasuke ah...

wahhhh..!! flashback seyh...


siyesly, tkenang zaman skola dlu bile tgk 2 ank buah kesayangan aku ni 
pakai mcm ni.. esp, kakak.. ngn bju pengawas tuh.. hehe.. 
dh mcm ateh pown ade bile ateh tgk.. hehehe..


pepn, harapan ateh n surely harapan ibu n ayah kakak n adik, 
yg korg blaja rajin2.. jgn malas2.. jgn gaduh2.. tauuu...?.. huhu..
excited btol adik 1st time pakai uniform tu ekk.. hehe.. 
suke ateh tgk laa.. bgos.. xde takot2 nk g skola.. 
xmao nngs tau.. heeee...

<3 u both my niece n nephew.. ummmuaaaahh!!!




~ lagu nostalgia zaman muda remaja ~

http://www.youtube.com/watch?v=r_q-Cnyl0FI

Monday, January 3, 2011

..it's a new day..

hermmm.. monday blues.. hari ni 1st monday dlm 2011.. so 1st day keje laaa.. huhu.. aku syif ptg arini, wktu keje yg baru.. 1.30pm-10.00pm.. xlari jauh sgt ngn yg sblm ni..

okey, pepn aku kne ngadap keje ngn hati yg ikhlas (hopefully).. sbb tlalu byk sgt2 kje yg menanti tu.. adoilaaa... sabo je la... dh tu jln yg aku pilih kan... ngadap je la.. huhu..

Saturday, January 1, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu;

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi  mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana;

"Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang  membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk 
berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. 

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

~ jadi, renung2kan & slmt beramal.... hehehe.. ~

..beshhhh..!!

                                    dari kiri: k.liah, nisa, k.liza, wynda. depan: aqil

seronok sgt2 time nih.. meround kl ngn dowg.. pic ni mse kt aquaria.. nmpk real kan?? mcm ktowg on vacation kt pulau jek.. haha.. mmg real la.. mke sume nmpk tired tp sbb skali skala je camni, ktowg mmg btol2 having fun! bile nk mcm ni lg ekk... huuuuuuu... ; ))

happy new year 2011!!!

..slmt tggl 2010.. n SLMT DTG 2011..!!! slmt taon baru semua.. hehe..

mcm biasa la bile tibe taon baru je mesti ramai yg tnye, APA AZAM BARU KO?? haha.. kan?? haaa.. skg leh jwb ke pe je azam baru kite?? erm.. msg2 ada azam kan.. tp pd aku azam bru tu stkt benchmark je.. sbb nye azam yg taon2 lps byk yg msh tertunggak.. so, carry forward larh... hehehe..

xslh kan mcm tu?? tpulang pd diri msg2.. azam aku pd taon ni nk sempurnakan idop aku ni.. dr yg xbrape baek kpd yg lbh baek.. dr yg xbrape rajin kpd lbh rajin.. hik3.. insyaAllah.. kalw mmg seru dh smpai, nk settledown taon ni jgk.. n insyaAllah skg dlm proses.. doakn lah semua urusan dipermudahkan yek.. ; )